Komposisi Dolla Make You Wanna

Berdurasi selama 2 minit dan 46 saat, "Dolla Make You Wanna" ialah sebuah lagu yang bergenre muzik tarian elektronik (EDM) digubah oleh Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta. Menurut Dolla, "Dolla Make You Wanna" ialah sebuah lagu dengan unsur nakal dan seksi mengenai keyakinan diri dan kekuatan seorang wanita. Mesej yang ingin disampaikan oleh mereka ialah bagaimana keyakinan diri dan kekuatan seorang wanita dalam membuktikan bahawa setiap manusia itu berharga dan berhak untuk dihormati.[4][5]

Menurut Dolla dalam satu temuramah:

"Kami mahu menghala perhatian kepada kepentingan merasa yakin dan selesa dengan diri sendiri. Wanita yang berkeyakinan tinggi akan lebih menyerlah dan menarik perhatian ramai pihak.".[6]

Rujukan

WikiPedia: Dolla Make You Wanna https://www.allmusic.com/album/dolla-make-you-wann... https://music.apple.com/us/album/dolla-make-you-wa... https://www.budiey.com/make-you-wanna-dolla/ https://gempak.com/artikel/33802/dolla-berbakat-pe... https://gempak.com/artikel/42265/memang-itu-kami-d... https://www.kopiplanet.com/dolla-tekad-takluk-indu... https://ohbulan.com/video-made-in-malaysia-mv-doll... https://open.spotify.com/album/0tA1K7h9IAmCX7SPSO5... https://www.youtube.com/watch?v=2IKdiVChHwY https://www.youtube.com/watch?v=OvTqxSuN9go